Sekapur sireh seulas pinang..
Salam perkenalan, salam sayang..
Terima kasih kerana sudi singgah di arena penulisan blog ini. Sekian lama ingin dicipta namun tidak pasti apa agendanya. Hari ini, ilusi sudah menjadi nyata..dihiasi blog ini dengan permata musafir cinta..Sudilah kiranya menjamu mata dan minda yang terbuka..Insyaallah..yang mana baik jadikan suri di jiwa..Segala yang pincang jadikanlah sempadan mata..
Mengapakah musafir? Kerana hidup ini suatu perjalanan permusafiran menuju alam yang kekal abadi.. Dunia ini suatu persinggahan seorang musafir. Tempat mengambil bekalan dan meraih cinta Tuhan. Perjalanan yang panjang pastinya menemukan pelbagai watak dan peran, peristiwa dan kisah, memori dan kenangan, impian dan harapan, mimpi dan fantasi..juga drama dan realiti.. Sudah pasti terselit mutiara pedoman dan teladan buat kita yang memerhati..
Mengapa cinta? Andai wujud insan yang tiada cinta di hati, pasti dimaki orang bahawa dia telah mati. Cinta bisa menghidupkan jiwa. Mewarnakan hari. Mencantikkan peribadi dan melembutkan hati. Namun sungguh bagai dikata, cinta memerlukan pengorbanan. Kalau tak sanggup meredah ranjau dan duri , terjun ke lautan api..jangan berangan untuk menghirup kemanisan sarinya cinta itu..iaitulah cinta Ilahi.
Justeru.. tirai sudah dibuka, silakan nikmati santapan minda yang ditinta .. Andai ada tersilap kata terguris rasa, ampunan jua mohon dipinta..Segala yang baik semuanya dari Allah yang maha esa, segala kepincangan datangnya daripada diri ini, seorang hamba yang hina..
Assalamu alaikum...
Azwana

No comments:
Post a Comment